Isnin, 9 Julai 2012

Lahir dan belajar

Pada hari jumaat jam 11 malam,bersamaan tarikh 13 Muharam 1396H gua telah selamat dilahirkan oleh mak gua di sebuah Hospital di Mentakab Pahang.Memandangkan gua adalah anak sulong dan juge cucu sulong dari kedua belah mak dan ayah gua,gua telah ditatang bagai minyak penuh oleh paman-paman gua dan apayah lagi oleh kedua aki dan uwan gua.Manakala disebelah moyang gua pula,gua juge cicit sulong nya yang pertama.Kehadiran gua ke dunia disambut baik oleh semua puak kerabak.Begitulah serba ringkas pengenalan tentang kelahiran gua,gua membesar di kampung.kampung gua terletak di daerah Bera,Pahang.Nama kampung gua dipanggil Kampung Kerayong.Disitu gua membesar dan mengenal dunia,gua bersekolah tadika juge di Kampung,kemudian gua mendapat didikan yang baik di sekolah rendah kebangsaan Kerayong terletak di padang luas(juga dibawah jajahan Kampung Kerayong).Pada tahun 1988 gua sudah pun di Darjah enam, 1989 gua mula masuk sekolah menengah yang terletak di kampung Mengkarak.Kampung Mengkarak dan kampung gua tak jauh,5 minit enjut dengan motor kapchai boleh sampai.Di situ gua belajar sampai tingkatan 3 sahaja.Habis SRP,pihak sekolah menyarankan gua dan beberapa rakan jahat gua agar mengambil aliran vokasionalmini kerana aliran ini sesuai untuk budak2 yang malas belajar dan lebih bermain.

1992,gua telah menpat panggilan ke sebuah sekolah vokasional,nama sekolah itu ialah sekolah Menengah vokasional sultan ahmad shah.Sekolah ini betul2 bertentangan dengan kampung Sepayang,Rompin Pahang.Tamat SPMV gua mendpat panggilan menyambung belajar ke Ipoh,Perak.Kali ni gua belahar pulak di Politek Ungku Omar,dan kali ini jugelah gua berada jauh benar dari kampung halaman.Di Ipoh gua suka menghabiskan masa dengan enjoy dan melepak.Habis kuliah gua dan rakan gua akan pergi menonton wayang.Boleh gua katakan setiap hari gua tengok wayang.Duduk di hostel hanya mengundang jemu.Awek2 di politek semuanya jual mahal.macamlah diaorang tu cantuk sangat,mungkin dari anak orang kaya
maka perangai pun macam hampeh.

Ringkaskan cerite,tamat Politek gua start berkeja mengikut ayah gua,ayah berkerja buat bisnes balak,malah itulah satu2nye kerja yang beliau benar2 mahir.Beliau dah berkecimpung dalam kerja balak semenjak tamat sekolah tingkatan 5.Bila umur beliau meningkat ke 19 tahun beliau telah berkahwin dengan mak gua yang masa itu baru tingkatan 3.Bila beliau berumur 21 tahun,dia telah bergelar ayah.

Kaedah kehidupan gua selepas tamat Politeknik ialah menghabiskan masa di pusat snuker dan videogame,kalau korang yang lahir era 70 an pasti sempat dengan videogame yang masuk 20 sen sekali main.game seperti streetfighter adelah game faveret gua masa itu.Pusat snuker dan game amatlah banyak di Kerayong kerana orang2 cina telah membuka premis yang amat banyak dikawasan ini.





















 

Tiada ulasan: