Ahad, 4 November 2012

Kelakor kan hidup ni??

Salam..

adventure ke hidup korang?

sejak korang dilahirkan sehinggalah sekarang,cuba korang fikir saat yang paling getir yang pernah korang lalui...........................................DAH?

Ok,sekarang korang ambil kegetiran itu dan korang darab kan dengan 10.Gua rasa korang dah tak dapat nak imaginekan lagi bagaimana hendak menghadapi situasi tu,giler kau nak gandakan 10!yang 1 tu pun bagai nak mampus selesaikan.Hahaha.

Rileks..sebenarnya nak ke tak nak korang perlu jugak hadapi masalah walaupun ia sebesor bukit tetapi yakin yang korang mesti boleh hadapinya.Tetapi dengan syarat korang perlukan guide.Bukan tourist guide tetapi guidence Allah SWT iaitu al quran dan hadith.InsyaAllah walaupun bukit tetapi andai korang letakkan ia kedalam air yg tenang secara perlahan-lahan pasti ia akan tenggelam juga.Ketenangan saat menghadapinya juge memainkan peranan yg sangat penting.Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan?

Gua teringat rakan gua selalu ingatkan gua,dia selalu pesan agar sentiase mengingati Allah kerana bila selalu mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.Kalo tak tenang macammane nak hadapi masalah-masalah yang bakal mendatang.Hanye dengan ketenangan je kite dapat mengatasi segala jenis cabaran.

Stop.

Sebelum gua mengarut lebih jauh.

Ahad, 29 Julai 2012

Ngade seorang ayah... :-p

Salam :)

[ skip intro ]
........

Gua dah kaw tim dengan tok empat pasal biasiswa untuk anak gua baru-baru ni,dalam hati gua,gua panjatkan syukur kepada Allah SWT..gua sememangnya sangat berterima kasih juge kepada Tok empat gua tu,semangat kesportingan beliau melayan gua adelah didalam tahap orang-orang yang kuat bersabar.Jika beliau memarahi gua pada tempoh hari,mungkin gua naik angin kepada beliau,lantas gua melakukan perkara bodoh seperti membawa hati yang lara.Biasiswa pelawaan dari Yayasan Pahang adelah satu anugerah yang amat bernilai.Memandangkan selama ini hanya mengharapkan hasil dari penjualan getah sekerap sahaja,mungkin jika adenye bantuan sebegitu  gua boleh beli kereta sport baru.


waCHHAAAA!!!!!!!!!! .....DISYYuuuMMM!!DISH ! DISH!!...



Jangan hanya pandai buat anak dan dipanggil ayah oleh anak-anak,TETAPI jadilah ayah yang MITHALI lagi soleh.

tutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.....(abis siaran)

Selasa, 17 Julai 2012

Aki Kilau

Mungkin korang ingat gua adelah budak kampung yang hanya menghabiskan masa dan duit mak ayah gua.Tapi hakikatnya korang tak tahu bahawa di dalam hati gua terpendam satu perasaan yang amat berharge,pada awal remaja,gua memang tak merasakan kehadiran perasaan ini,tetapi lama kelamaan gua dapati perasaan itu semakin membara dan membutuhkan gua untuk melakukan sesuatu.ARGH...persetan dengan perasaan itu,ade baik jika gua ceritekan kembali sambungan dari posting sebelumnye..

Walaupun gua asyik menghabiskan masa dengan enjoy dan bersuka ria,gua tetap bertanggung jawab kepada diri dan masyarakat gua.Gua rajin ke masjid untuk berjemaah dengan orang kampung.Gua ingat lagi,ade seorang imam tu nama dia Aki Kilau,aki Kilau ni bukanlah Mat Kilau pahlawan Pahang tu...Bukan! Aki Kilau ni seorang tua yang gua anggarkan umurnye sekitar 70 an-80an ketika itu.Walaupun dia sudah tua,tetapi cara dia melayan orang muda macam gua adelah didalam respek gua yang mendalam.yang gua tak boleh nak lupe adelah,tiap kali Aki Kilau ni menjadi imam solat mesti syahdu giler punye..dengan aki ni akan teresak-esak,begitu khusyu' beliau menghayati solat.Kemudia bile tibe part doa,gua tengok aki Kilau ni mesti menitiskan airmata.Aki Kilau juge seorang yang pelawak,dia pernah menggelakkan seorang imam bersama gua dan rakan-rakan gua.Sebenarnya gua tahu,dia bukan sengaja nak gelak,tetapi nak layan kita orang semata-mata.Cara dia mengambil hati gua dan rakan gua,cara dia agar kami selalu bertandang berjemaah ke masjid.Ramaikan jemaah yang masa tu hanya 4,5 orang je tiap kali maghrib dan isyak.

Pernah terjadi peristiwa menyedihkan kepada Aki Kilau,seingat gua aki Kilau ni cuba mengait buah durian di depan rumah beliau,korang bayangkan buah durian pokok tua yang tinggi tu orang tua tu boleh kait guna galah.Gua tak tahu kenape aki Kilau kait buah durian tu,sama ada cucu dia nak makan durian sangat atau durian tu tak mahu gugur gua tak tau..buah durian tu jatuh tepat atas muka aki Kilau,tapi aki Kilau bukan sembarangan orang,beliau takdelah cedera parah ke ape,cuma gua tengok muka beliau cam tak luka pun,hanya bekas2 duri durian yang tertikam ke kulit tua tu je.Tapi diaorang bawak jugaklah aki Kilau ni ke hospital untuk periksa ape yang patut.Tak lama kemudian aki Kilau kembali ke mesjid.Aki kilau meninggal dunia tahun apa pun gua tak ingat,maafkan gua..tak silapnya semasa dia meninggal tu gua takde di kampung.Apepun gua tetap respek dan hormat akan orang tua tu...walaupun sekarang kisah dia dah tak ada orang di kampung gua nak kenangkan,tetapi kini,walaupun umur gua dah suku abad tetapi Aki Kilau ni antara orang yang sentiasa segar dalam ingatan gua.

Gua hadiah kah pahala Al fatihah buat aki Kilau...semuga roh nya tergolong bersama orang-orang yang beriman...InsyaAllah

al fatehah.........  

Isnin, 9 Julai 2012

Lahir dan belajar

Pada hari jumaat jam 11 malam,bersamaan tarikh 13 Muharam 1396H gua telah selamat dilahirkan oleh mak gua di sebuah Hospital di Mentakab Pahang.Memandangkan gua adalah anak sulong dan juge cucu sulong dari kedua belah mak dan ayah gua,gua telah ditatang bagai minyak penuh oleh paman-paman gua dan apayah lagi oleh kedua aki dan uwan gua.Manakala disebelah moyang gua pula,gua juge cicit sulong nya yang pertama.Kehadiran gua ke dunia disambut baik oleh semua puak kerabak.Begitulah serba ringkas pengenalan tentang kelahiran gua,gua membesar di kampung.kampung gua terletak di daerah Bera,Pahang.Nama kampung gua dipanggil Kampung Kerayong.Disitu gua membesar dan mengenal dunia,gua bersekolah tadika juge di Kampung,kemudian gua mendapat didikan yang baik di sekolah rendah kebangsaan Kerayong terletak di padang luas(juga dibawah jajahan Kampung Kerayong).Pada tahun 1988 gua sudah pun di Darjah enam, 1989 gua mula masuk sekolah menengah yang terletak di kampung Mengkarak.Kampung Mengkarak dan kampung gua tak jauh,5 minit enjut dengan motor kapchai boleh sampai.Di situ gua belajar sampai tingkatan 3 sahaja.Habis SRP,pihak sekolah menyarankan gua dan beberapa rakan jahat gua agar mengambil aliran vokasionalmini kerana aliran ini sesuai untuk budak2 yang malas belajar dan lebih bermain.

1992,gua telah menpat panggilan ke sebuah sekolah vokasional,nama sekolah itu ialah sekolah Menengah vokasional sultan ahmad shah.Sekolah ini betul2 bertentangan dengan kampung Sepayang,Rompin Pahang.Tamat SPMV gua mendpat panggilan menyambung belajar ke Ipoh,Perak.Kali ni gua belahar pulak di Politek Ungku Omar,dan kali ini jugelah gua berada jauh benar dari kampung halaman.Di Ipoh gua suka menghabiskan masa dengan enjoy dan melepak.Habis kuliah gua dan rakan gua akan pergi menonton wayang.Boleh gua katakan setiap hari gua tengok wayang.Duduk di hostel hanya mengundang jemu.Awek2 di politek semuanya jual mahal.macamlah diaorang tu cantuk sangat,mungkin dari anak orang kaya
maka perangai pun macam hampeh.

Ringkaskan cerite,tamat Politek gua start berkeja mengikut ayah gua,ayah berkerja buat bisnes balak,malah itulah satu2nye kerja yang beliau benar2 mahir.Beliau dah berkecimpung dalam kerja balak semenjak tamat sekolah tingkatan 5.Bila umur beliau meningkat ke 19 tahun beliau telah berkahwin dengan mak gua yang masa itu baru tingkatan 3.Bila beliau berumur 21 tahun,dia telah bergelar ayah.

Kaedah kehidupan gua selepas tamat Politeknik ialah menghabiskan masa di pusat snuker dan videogame,kalau korang yang lahir era 70 an pasti sempat dengan videogame yang masuk 20 sen sekali main.game seperti streetfighter adelah game faveret gua masa itu.Pusat snuker dan game amatlah banyak di Kerayong kerana orang2 cina telah membuka premis yang amat banyak dikawasan ini.