Selasa, 17 Julai 2012

Aki Kilau

Mungkin korang ingat gua adelah budak kampung yang hanya menghabiskan masa dan duit mak ayah gua.Tapi hakikatnya korang tak tahu bahawa di dalam hati gua terpendam satu perasaan yang amat berharge,pada awal remaja,gua memang tak merasakan kehadiran perasaan ini,tetapi lama kelamaan gua dapati perasaan itu semakin membara dan membutuhkan gua untuk melakukan sesuatu.ARGH...persetan dengan perasaan itu,ade baik jika gua ceritekan kembali sambungan dari posting sebelumnye..

Walaupun gua asyik menghabiskan masa dengan enjoy dan bersuka ria,gua tetap bertanggung jawab kepada diri dan masyarakat gua.Gua rajin ke masjid untuk berjemaah dengan orang kampung.Gua ingat lagi,ade seorang imam tu nama dia Aki Kilau,aki Kilau ni bukanlah Mat Kilau pahlawan Pahang tu...Bukan! Aki Kilau ni seorang tua yang gua anggarkan umurnye sekitar 70 an-80an ketika itu.Walaupun dia sudah tua,tetapi cara dia melayan orang muda macam gua adelah didalam respek gua yang mendalam.yang gua tak boleh nak lupe adelah,tiap kali Aki Kilau ni menjadi imam solat mesti syahdu giler punye..dengan aki ni akan teresak-esak,begitu khusyu' beliau menghayati solat.Kemudia bile tibe part doa,gua tengok aki Kilau ni mesti menitiskan airmata.Aki Kilau juge seorang yang pelawak,dia pernah menggelakkan seorang imam bersama gua dan rakan-rakan gua.Sebenarnya gua tahu,dia bukan sengaja nak gelak,tetapi nak layan kita orang semata-mata.Cara dia mengambil hati gua dan rakan gua,cara dia agar kami selalu bertandang berjemaah ke masjid.Ramaikan jemaah yang masa tu hanya 4,5 orang je tiap kali maghrib dan isyak.

Pernah terjadi peristiwa menyedihkan kepada Aki Kilau,seingat gua aki Kilau ni cuba mengait buah durian di depan rumah beliau,korang bayangkan buah durian pokok tua yang tinggi tu orang tua tu boleh kait guna galah.Gua tak tahu kenape aki Kilau kait buah durian tu,sama ada cucu dia nak makan durian sangat atau durian tu tak mahu gugur gua tak tau..buah durian tu jatuh tepat atas muka aki Kilau,tapi aki Kilau bukan sembarangan orang,beliau takdelah cedera parah ke ape,cuma gua tengok muka beliau cam tak luka pun,hanya bekas2 duri durian yang tertikam ke kulit tua tu je.Tapi diaorang bawak jugaklah aki Kilau ni ke hospital untuk periksa ape yang patut.Tak lama kemudian aki Kilau kembali ke mesjid.Aki kilau meninggal dunia tahun apa pun gua tak ingat,maafkan gua..tak silapnya semasa dia meninggal tu gua takde di kampung.Apepun gua tetap respek dan hormat akan orang tua tu...walaupun sekarang kisah dia dah tak ada orang di kampung gua nak kenangkan,tetapi kini,walaupun umur gua dah suku abad tetapi Aki Kilau ni antara orang yang sentiasa segar dalam ingatan gua.

Gua hadiah kah pahala Al fatihah buat aki Kilau...semuga roh nya tergolong bersama orang-orang yang beriman...InsyaAllah

al fatehah.........  

Tiada ulasan: